Khamis, 10 Disember 2009

Hasif demam lagi la.....

Semalan (09.12.09) aku dan sayang membawa Hasif ke klinik untuk timbang dan enjek 5 bulan (dah 5 bulan usia Hasif sekarang ni tau). Alhamdullilah berat Hasif naik 0.7kg kepada 6.4kg sekarang ni (4 bulan - 5.7kg). Nangis gak Hasif kena enjek dengan nurse kat klinik semalam. Dia kena enjek dekat peha sebelah kirinya. Aku ingat kat lengan dia, rupa-rupanya kat pehanya lagi. Ini kali ketiga kena enjek dekat pehanya. Tapi yang bestnya, selepas je masuk kereta terus suka dan ketawa-ketawa (dalam fikiran aku makin kuat Hasif sekarang ni, kena enjek pun nangis sekejap je, Alhamdulillah).



Sampai je kat rumah, aku dan sayang terus berikan hasif ubat demam yang nurse bagi tadi. Takut gak demam lagi kan. Sampai tengahari aku tengok Hasif ok lagi, badanya pun tak panas lagi malah semakin aktif pulak dia. Macam takde apa-apa je dia, padahal paginya kena enjek.



Bila dah petang baru lah aku rasa badanya agak panas sikit. Dalam pukul 4.30ptg aku dan sayang berikan ubat demam lagi. Petang semalam Hasif tak mandi, takut nanti makin demam pulak. Lepas lap-lap je badan Hasif, Sayang memakaikan ByeBye Fever, biar cepat sihat demamnya.



Waktu malamnya Hasif masih tak tidur lagi, padahal dah pukul 8 lebih (biasanya dia dah tidur, lepas maghib je terus tidur sampai pagi). Makin aktif pulak dia, padahal badan dia agak panas time tu, macam takde apa-apa je aku tengok dia. Macam bukan orang demam pulak. Tak lama kemudia. selepas dah penat sebab aktif sangat, sayang bagi je susu terus je dia tidur dengan nyenyakknya.

Kadang-kadang time dia tidur ada merengek jugak. Mungkin badannya tak selesa dan mungkin rasa sengal-sengal dekat peha dia tempat yang kena enjek. Selepas bagi susu dan dodoikan dia terus tidur dan sebelum pukul 7pagi dia dah bangun. Tapi masih ada rasa panas sikit badannya. Harap-harap hari ini ok la dia dan sihat seperti biasa. Doa-doakan la ye.

Tiada ulasan: