Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru kepada semua. Semoga di tahun baru ini akan dapat memberikan sinaran baru kepada kita sebagai umat islam di dunia ini. Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan keamanan masa kini dan masa akan datang.

Segala azam yang kita hajati akan dapat dilaksanakan dengan jayanya Insyaallah.......

Khamis, 10 Disember 2009

Hasif demam lagi la.....

Semalan (09.12.09) aku dan sayang membawa Hasif ke klinik untuk timbang dan enjek 5 bulan (dah 5 bulan usia Hasif sekarang ni tau). Alhamdullilah berat Hasif naik 0.7kg kepada 6.4kg sekarang ni (4 bulan - 5.7kg). Nangis gak Hasif kena enjek dengan nurse kat klinik semalam. Dia kena enjek dekat peha sebelah kirinya. Aku ingat kat lengan dia, rupa-rupanya kat pehanya lagi. Ini kali ketiga kena enjek dekat pehanya. Tapi yang bestnya, selepas je masuk kereta terus suka dan ketawa-ketawa (dalam fikiran aku makin kuat Hasif sekarang ni, kena enjek pun nangis sekejap je, Alhamdulillah).



Sampai je kat rumah, aku dan sayang terus berikan hasif ubat demam yang nurse bagi tadi. Takut gak demam lagi kan. Sampai tengahari aku tengok Hasif ok lagi, badanya pun tak panas lagi malah semakin aktif pulak dia. Macam takde apa-apa je dia, padahal paginya kena enjek.



Bila dah petang baru lah aku rasa badanya agak panas sikit. Dalam pukul 4.30ptg aku dan sayang berikan ubat demam lagi. Petang semalam Hasif tak mandi, takut nanti makin demam pulak. Lepas lap-lap je badan Hasif, Sayang memakaikan ByeBye Fever, biar cepat sihat demamnya.



Waktu malamnya Hasif masih tak tidur lagi, padahal dah pukul 8 lebih (biasanya dia dah tidur, lepas maghib je terus tidur sampai pagi). Makin aktif pulak dia, padahal badan dia agak panas time tu, macam takde apa-apa je aku tengok dia. Macam bukan orang demam pulak. Tak lama kemudia. selepas dah penat sebab aktif sangat, sayang bagi je susu terus je dia tidur dengan nyenyakknya.

Kadang-kadang time dia tidur ada merengek jugak. Mungkin badannya tak selesa dan mungkin rasa sengal-sengal dekat peha dia tempat yang kena enjek. Selepas bagi susu dan dodoikan dia terus tidur dan sebelum pukul 7pagi dia dah bangun. Tapi masih ada rasa panas sikit badannya. Harap-harap hari ini ok la dia dan sihat seperti biasa. Doa-doakan la ye.

Sabtu, 5 Disember 2009

Pelumba F1 Malaysia Akan Datang.....

Hasif suka sangat bila naik kereta. Bila dia pegang stering dan berdiri, dia mesti diam dan tak menangis. Ketawa dan senyum jangan cakaplah, sampai terkeluar air liur dia (tabiat Hasif sekarang - meleleh air liur bila dia suka sangat).

Bila mami dia pegang kat belakang sekarang ni, Hasif dah tak nak baring dan duduk dah sekarang ni. Dia hanya nak berdiri je sampai penat maminya pegang dia kat belakang. Sebab dia suka sangat kot naik kereta ni dan mungkin suka berjalan-jalan. Maklumlah masa maminya mengandungkan dia asyik berjalan-jalan je kerjanya. Tapi bila dah penat, mulalah dia nak merengek dan lepas tu tidur la dia dengan nyenyaknya.











Di Usia 4 Bulan......Hasif