Selasa, 28 Julai 2009

Muhammad Hasif Imtiyaz nama anakku....


Perasaan gembira pada diri aku tak dapat digambarkan ketika sayang dengan selamat melahirkan cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini. Bersyukur aku kepada ilahi kerana anakku sihat ketika dilahirkan dan sayang selamat melahirkannya.


Setelah dipersetujui antara sayang dan aku, MUHAMMAD HASIF IMTIYAZ adalah nama yang kami pilih untuk putera pertama kami ini. Nama ini adalah nama yang dipilih sendiri oleh sayang, kerana sayang nak sangat nama Hasif Imtiyaz jika dapat anak lelaki kelak. Akhirnya tercapai jugak hajat sayang nak menamakan putera kami ini dengan nama yang diidamkannya ini.

Berikut adalah maksud MUHAMMAD HASIF IMTIYAZ


MUHAMMAD

Yang terpuji , di rahmati

HASIF

Kemas , rapi , yang pintar , yang baik budi bicara

IMTIYAZ

Pilihan


Semoga dengan nama yang diberikan kepada putera kami ini akan menggambarkan peribadinya seperti maksudnya.




Selasa, 21 Julai 2009

Detik-Detik Bersejarah IV

Khamis (09.07.09) - Lebih kurang jam 3.50 ptg, sayang tel aku dan dia cakap dah tak tahan dan nak masuk ke bilik bersalin (aku risau dah time tu). Pukul 4 je terus aku nak masuk ke wad tetapi tak boleh, sebabnya jadual waktu melawat dah berubah. Mulai hari ini, waktu melawat 4.30 ptg - 7.00ptg. Aku kena tunggu kat luar lagi sampai 4.30 ptg.

Bila aku masuk je, sayang dah tak ada kat katilnya. Akak yang duduk kat katil sebelah sayang dengan terpinga-pinga tanya aku kenapa tak masuk lagi. Dia kata sayang dah masuk dari pukul 4 tadi. Aku beritahu dia yang nurse tak panggil aku lagi. Aku pun duduk kat katil sayang menunggu nama aku dipanggil.

Dalam jam 5.30 ptg, aku pergi tanya kat nurse yang bertugas, lama lagi ke sayang kat dalam? Dia kata, "tunggu ya encik, nanti bila isteri encik dah nak bersalin, kami akan panggil". Dia juga cakap jalannya dah buka 7 cm. Aku pun terus tunggu dan tunggu nama aku dipanggil. Aku hanya mampu banyakkan berdoa agar sayang selamat dan cepat-cepat lah bersalin. Aku risau sayang tak ada tenaga sebab dia tak makan dari tengahari tadi.

6.55 ptg, sekali lagi aku pergi tanya kat nurse yang bertugas dan jawapannya tetap sama, "tunggu ya encik, nanti bila isteri encik dah nak bersalin, kami akan panggil". Aku pun tanya jalannya dah berapa cm dah sekarang ni. Dia kata dah 9 cm. Dalam hati aku dah tak lama dah tu, tinggal 1 cm je lagi.

7.00 mlm aku terpaksa tunggu di luar. Aku bersembang-sembang dengan makcik cleaner kat luar. Dia menasihatkan aku supaya bersabar dan banyakkan berdoa. Kalu dah 9 cm, dah tak lama dah tu. Aku terus tunggu dengan penuh debar dan risau sangat-sangat. Sehinggalah pukul 7.15, nurse panggil aku ke dalam.

Aku pun dengan cepatnya terus masuk ke dalam. Aku dapat melihat riak wajah sayang ketika itu sungguh terseksa sehingga aku dapat merasa kesakitan yang ditanggung oleh sayang ketika itu. Aku terus memegang tangan sayang dan memberikan semangat padanya dan banyakkan beristighfar. Aku lihat muka sayang seperti sudah tidak bermaya. Nurse menyuruh aku membasahkan sedikit muka sayang. Aku terus memegang tangan sayang degan lebih erat lagi, mengusap-usap rambutnya serta memberi kucupan pada dahinya dan memberi lebih banyak dorongan dan semangat padanya.

Nurse menyuruh sayang supaya meneran dengan lebih kuat lagi. Dia kata, kepala baby dah nampak. Aku pun terus beri semangat kat sayang supaya terus meneran. Aku suruh tarik nafas dalam-dalam dan meneran dengan kuat. Aku ingatkan dia supaya jangan angkat punggung (sayang pesan kat aku sebelum ni, takut dia lupa). Nurse terus menyuruh sayang meneran dengan kuat lagi, kepala baby dah keluar dan tinggal sikit je lagi. Aku dapat melihat depan mata aku sendiri kepala anak aku keluar dan tinggal badannya sahaja. Aku cakap kat sayang , sikit je lagi dan teruskan meneran.

Akhirnya, pukul 7.30 mlm, anakku selamat dilahirkan dan dia terus menangis dengan nyaring sekali. Aku memberikan kucupan di dahi sayang dan mengatakannya yang anak kita lelaki. Nurse pun menunjukkan baby kepada sayang dan bertanya kepada sayang dapat baby apa. Sayang pun menjawab baby boy walaupun tak bermaya nak bersuara. Nurse meletakkan baby di dada sayang dan menyuruhnya memeluk dengan erat-erat.

Aku pun terus ke luar dan mengambil air sembahyang untuk mengazankan anakku. Apabila nurse sudah selesai membersihkan anakku, aku terus mengambilnya dan mengazankan di telingga kanan dan qamat di telingga kirinya. Setelah selesai, aku beri semula anakku kepada nurse dan melihat dia ditimbang. Berat anakku ketika dilahirkan ialah 2.4 kg. Sebelum keluar, aku diberi uri anakku di dalam bungkusan plastik dan aku simpan di dalam kereta.

Bersyukur aku kepada Allah kerana sayang melahirkan anak kami dengan selamat dan yang penting kedua-duanya sihat dan selamat. AMIN........



Baby boy.....

Ahad, 19 Julai 2009

Detik-Detik Bersejarah III

Khamis (09.07.09) - Selepas waktu melawat, aku pun terus menuju ke Masjid Jamek Mersing untuk mandi. Siap mandi aku pun pergi serapan di tempat semalam aku makan ngan sayang. Kali ni aku makan nasi lemak je (aku tengok sayang makan semalam macam sedap je). Selepas sarapan aku pun parking kereta aku kat tepi pantai sambil membaca surat khabar.

Dalam kul 10 pg, sayang ada telefon aku dan dia kata sakit nya makin kerap. Kurang daripada 5 minit sakitnya dan 'jalan' nya sudah 2cm. Aku tetap memberi semangat pada sayang dan jika sakitnya makin kerap, aku suruh dia terus panggil nurse. Aku takut sayang dah nak bersalin.

Waktu melawat pada tengahari aku masuk jam 12.30 tgh. Aku tengok muka sayang letih sangat. Mungkin kerana menahan sakit yang makin kerap. Dia cakap sakitnya setiap 2 minit sekali. Tak tertahan dah sakitnya. Aku hanya mampu memberikan kata semangat, menyuruh dia banyakkan berdoa, beristighfar dan berselawat. Ketika sayang makan, kalau boleh biarlah makanan yang dibagi tu habis dimakan. Biar badannya ada tenaga.

Sebelum habis waktu melawat, aku memberikan kata-kata semangat kat sayang dan aku dapat lihat kesakitan yang ditanggungnya pada masa tu sehingga dia menitiskan air mata. Aku meminta dia banyakkan beristighfar dan berselawat. Aku pun hanya mampu berdoa, berselawat dan beristighfar untuknya.

Semoga sayang dapat beranak pada petang ni juga dan kedua-duanya dalam keadaan selamat. Itulah harapan aku pada ketika itu, kerana aku dah tak sanggup melihat sayang menahan kesakitan. Begitulah rupanya apabila ibu kita melahirkan kita ke dunia ini. Sungguh perit aku rasakan. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana kita selamat dilahirkan ke dunia ini.

Khamis, 16 Julai 2009

Detik-Detik Bersejarah II

No katil sayang

Pada malam 08.07.09 (Rabu) aku tidur di bilik pelawat yang terletak di sebelah wad bersalin Hospital Mersing. Pada mulanya aku bercadang nak tidur je dalam kereta, tapi aku risau jika tiba-tiba sayang nak bersalin nanti nurse tak panggil aku pulak. Jadi aku tidur la di sofa bilik pelawat.

Pada mulanya aku tidur sorang-sorang je masa tu. Dalam jam 12 mlm, ada seorang lagi tidur kat bilik pelawat (sama macam aku, tunggu isteri bersalin). Aku pun tak endah kan dia, sebabnya aku mengantuk sangat masa tu. Dalam jam 2 pg ada lagi yang masuk tidur kat bilik pelawat. Kali ni siap bawak ngan anak-anaknya sekali.

Dari mula aku tidur sehinggalah aku bangun jam 5.30 pg, aku tak dapat tidur dengan lena sebenarnya. Setiap sejam mesti aku terjaga. Mungkin aku risau kan sayang aku. Setiap kali terdengar ada orang berjalan melalui bilik pelawat, mesti aku terjaga. Dalam fikiran aku, "mungkin nurse nak panggil aku sebab sayang nak bersalin". Tetapi sangkaan aku meleset semuanya sampi lah ke pagi. Dalam jam 4 pg, aku terdengar nurse memanggil lelaki yang bawa anak tadi masuk ke wad bersalin. Rupa-rupanya isterinya dah nk bersalin dah.

Pagi tu selepas siap solat subuh, aku keluar ke kedai nak beli air mineral dan surat khabar untuk sayang. Boring tau duduk kat wad lama-lama. Jadi aku belikan lah surat khabar untuk hilangkan rasa boringnya tu. Jam 6.30 pg hingga 7.30 pg, waktu melawat aku masuk dan memberikan kata-kata semangat kat sayang kerana dia mengadu sakitnya makin kerap (5 minit sekali). Dalam hati aku, harap-harap lah sayang dapat bertahan dan bersalin pada hari ini jugak.


Ahli-ahli ibu mengandung nak bersalin

Sabtu, 11 Julai 2009

Detik-Detik Bersejarah

Seperti biasa aku pergi ke sekolah (Rabu, 08.07.09) dengan semangat yang berkobar-kobar. Walaupun aku risau akan sayang kerana sedang menunggu hari, aku terpaksa menggagahkan diri untuk bekerja.

Ketika aku sedang mengajar, kira-kira jam 8.27 am aku menerima panggilan dari sayang ( tak senang jugak aku time tu bila nama sayang naik kat hp aku ). Sayang memberitahu sudah ada tanda-tanda untuk bersalin. Aku pun bergegas berjumpa GB untuk meminta kebenaran balik.

Sampai je di rumah, Wak Rah (bidan tempat aku), Wak Miah dan Cik Gie dah ada kat rumah. Hati aku bertambah resah tengok diorang ni, dalam fikiran aku adakah sayang dah bersalin?tapi tak dengar pulak baby menangis? Rupa-rupanya belum bersalin lagi. Wak Rah kata belum ada 'jalan' lagi tapi dah boleh bawak ke hospital. Aku pun terus masukkan beg dan peralatan yang sudah disediakan ke dalam kerata (lega tapi risau hati aku time ni). Setelah siap semua aku pun bergerak ke Hospital Mersing. Diorang pesan jangan bawak kereta laju-laju, nanti terbang pulak sayang aku ni.

Sampai je kat Mersing, sayang kata awal lagi ni nak masuk hospital, sebab dia takde rasa sakit lagi. Sakit pun kadang-kadang je. Jadi aku pun parking kereta kat tepi pantai Mersing. Duduk dalam kereta sekejap, pastu aku bawak sayang pergi makan dulu. Takut nanti tak dapat makan kat hospital. Sayang makan nasi lemak dan aku mihon soto je.

Lebih kurang 11.00 am, aku pun terus ke hospital. Selepas hantar sayang ke wad bersalin, aku terus daftarkan sayang. Sayang pun terus disuruh menukar uniform ibu-ibu mengandung dan aku kena tunggu kat luar wad sampai la kul 12.30pm (waktu melawat tengahari).

Uniform rasmi ibu-ibu mengandung

Sempat lagi sayang aku berposing....

Ketika waktu melawat tengahari, sayang tengah menjamu selera dengan menunya yang begitu 'menyelerakan'. Susah betul sayang nak menghabiskan makanan yang dibagi tu. Aku suruh di habiskan jugak makanan tu, takut nanti tak ada tenaga pulak. Kesian baby dalam perut tu kan.



Sayur kangkung



Ikan masak pindang

Macam tak berselera je sayang aku ni...tapi kena habiskan gak tau

Selepas waktu melawat, aku balik ke rumah untuk mengambil kamera yang aku lupa nak bawak tadi (kalut sangat la katakan tadi, sampai tak ingat nak bawak kamera). Dalam jam 5 ptg aku sampai kat wad dan mengajak sayang keluar untuk mengambil udara segar waktu petang. Sayang kata sakitnya makin kerap (10 minit sekali). Mungkin dah tak lama lagi kot baby nak keluar.

Duduk kat bawah pokok nak tenang kan fikiran....

Tersenyum manis sayang aku ni.....

Apalah yang difikirkan sayang aku ni.....sabar ya sayang...

Lebih kurang jam 6 ptg, aku dan sayang masuk semula ke wad kerana sayang lapar nak makan. Tengahari tadi makan sikit je, takde selera katanya. Menu pada petang ni ok lah gak dari tengahari tadi, nak habis semuanya sayang makan. Bagus lah kalu macam tu, sekurang-kurangnya ada tenaga untuk dia.

Menu makan malam

Ahad, 5 Julai 2009

Menunggu Detik Bersejarah

Pada minggu ni, aku dan sayang ku sedang menunggu detik-detik bersejarah bagi kami iaitu menanti kelahiran cahaya mata yang pertama. Tidak sabar rasanya untuk aku menyambut kedatangan cahaya mata yang pertama.

Setelah 1 tahun 3 bulan 4 minggu dan 1 hari aku dan sayang ku disatukan, ini lah masa yang kami nantikan. Ketika ini, sayang ku sering sakit di pinggangnya, mungkin dah tak lama lagi kot baby nak keluar.

Beg pakaian untuk sayang ku bersama dengan baby dah siap semuanya. Begitu juga dengan makanan dan minuman ketika duduk di hospital dah sedia semuanya. Sayang ku telah membuat pilihan untuk bersalin di Hospital Mersing sahaja.

Aku sentiasa mendoakan sayang dan baby selamat ketika waku bersalin nanti. Sama-samalah kita berdoa....amin...

Salam Perkenalan

Permata hidupku adalah peristiwa yang aku tak akan lupakan selamanya. Di sini akan ku coretkan hidupan aku seharian....