Khamis (09.07.09) - Selepas waktu melawat, aku pun terus menuju ke Masjid Jamek Mersing untuk mandi. Siap mandi aku pun pergi serapan di tempat semalam aku makan ngan sayang. Kali ni aku makan nasi lemak je (aku tengok sayang makan semalam macam sedap je). Selepas sarapan aku pun parking kereta aku kat tepi pantai sambil membaca surat khabar.
Dalam kul 10 pg, sayang ada telefon aku dan dia kata sakit nya makin kerap. Kurang daripada 5 minit sakitnya dan 'jalan' nya sudah 2cm. Aku tetap memberi semangat pada sayang dan jika sakitnya makin kerap, aku suruh dia terus panggil nurse. Aku takut sayang dah nak bersalin.
Waktu melawat pada tengahari aku masuk jam 12.30 tgh. Aku tengok muka sayang letih sangat. Mungkin kerana menahan sakit yang makin kerap. Dia cakap sakitnya setiap 2 minit sekali. Tak tertahan dah sakitnya. Aku hanya mampu memberikan kata semangat, menyuruh dia banyakkan berdoa, beristighfar dan berselawat. Ketika sayang makan, kalau boleh biarlah makanan yang dibagi tu habis dimakan. Biar badannya ada tenaga.
Sebelum habis waktu melawat, aku memberikan kata-kata semangat kat sayang dan aku dapat lihat kesakitan yang ditanggungnya pada masa tu sehingga dia menitiskan air mata. Aku meminta dia banyakkan beristighfar dan berselawat. Aku pun hanya mampu berdoa, berselawat dan beristighfar untuknya.
Semoga sayang dapat beranak pada petang ni juga dan kedua-duanya dalam keadaan selamat. Itulah harapan aku pada ketika itu, kerana aku dah tak sanggup melihat sayang menahan kesakitan. Begitulah rupanya apabila ibu kita melahirkan kita ke dunia ini. Sungguh perit aku rasakan. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana kita selamat dilahirkan ke dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan