Khamis, 31 Disember 2009
Selamat Tahun Baru
Khamis, 10 Disember 2009
Hasif demam lagi la.....
Sampai je kat rumah, aku dan sayang terus berikan hasif ubat demam yang nurse bagi tadi. Takut gak demam lagi kan. Sampai tengahari aku tengok Hasif ok lagi, badanya pun tak panas lagi malah semakin aktif pulak dia. Macam takde apa-apa je dia, padahal paginya kena enjek.
Kadang-kadang time dia tidur ada merengek jugak. Mungkin badannya tak selesa dan mungkin rasa sengal-sengal dekat peha dia tempat yang kena enjek. Selepas bagi susu dan dodoikan dia terus tidur dan sebelum pukul 7pagi dia dah bangun. Tapi masih ada rasa panas sikit badannya. Harap-harap hari ini ok la dia dan sihat seperti biasa. Doa-doakan la ye.
Sabtu, 5 Disember 2009
Pelumba F1 Malaysia Akan Datang.....
Khamis, 26 November 2009
Selamat Hari Raya Aidiladha
Selasa, 13 Oktober 2009
Menziarahi Pusara Ayahanda & Bonda
Jumaat, 9 Oktober 2009
Malam BBQ Keluarga
Jumaat, 18 September 2009
Khamis, 17 September 2009
Hasif Demam.....
Nasib baik ada koolfever, dapat la kurang kan panasnya. Lepas je dia sihat, bertambah aktif la Hasif. Lepas ni bila Hasif demam je, aku mesti bagi koolfever terus.
Rabu, 16 September 2009
Selamat Hari Raya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Muhammad Hasif Imtiyaz
Rabu, 12 Ogos 2009
Mencukur rambut Muhammad Hasif Imiyaz
Nasib baiklah bila aku nak cukur rambut Hasif dia tidur dengan nyenyak sekali dipangkuan sayang walaupun sebelum tu dia merengek sekejap sebab diangkat ketika dia tidur. Hasif ni paling suka bila kepalanya diusap-usap, mesti dia lelapkan matanya. Ketika inilah aku mulakan operasi mencukur rambutnya. Dengan penuh cermat dan hati-hati aku mencukur rambutnya. Aku rasa susah sangat bila nak cukur rambutnya ni. Aku takut terluka kulitnya nanti kalau aku tekan kuat sangat. Kadang-kadang dia ada meliat jugak dan time ni aku kena berhenti mencukur takut terluka kulitnya.
Masa ini lah aku mulakan operasi mencukur, lena betul Hasif tidur bila kepalanya aku usap masa dicukur
Setelah beberapa kali aku cuba cukur rambutnya, aku tak yakin aku boleh mencukur kesemua rambutnya. Aku takut kulit kepalanya luka terkena mata cukur yang aku gunakan. Akhirnya aku dan sayang mengambil keputusan untuk menggunting nipis je rambutnya. Senang sikit bila menggunting nipis rambutnya. Aku pun tak lah risau takut luka kepalanya nanti bila guna gunting. Lebih kurang 2 jam jugak aku menggunting nipis rambut Hasif ni sampai sayang pun penat tangannya duk pangku Hasif. Aku pun penat jugak dibuatnya. Kadang-kadang mencangkung, bila dah penat aku duduk bersila pula sambil gunting rambutnya.
Rambut baru Hasif selepas digunting rambutnya
Selepas selesai semuanya, mak aku pun terus memandikan Hasif dan sayang pun turut bantu sekali. Selepas mandi, aku nampak ada sedikit luka di kepala Hasif, mungkin terkena pisau cukur ketika aku mencukur rambutnya tadi. Nasib baik la satu tempat je lukanya dan yang hebatnya Hasif tak menangis pun bila mandi tadi, padahal luka dikepalanya mesti pedih bila terkena air kan.
Apa-apahal pun semuanya dah selamat dan Hasif pun sudah botak takde rambut....hehee...
Reaksi muka Hasif bila mak aku nak mandikannya...
Walaupun mukanya nampak berkerut, dia tetap control hensem dan tak menangis
Ahad, 2 Ogos 2009
Majlis Aqiqah & Potong Jambul
Sempat lagi sayang berposing & Hasif sedap je dia tidur, macam tak ada apa-apa yang berlaku
Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak & abah aku kerana Majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan membenarkan aku dan sayang membuat majlis ini di rumahnya. Aku juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik beradik aku serta sedara-mara aku dan sayang, kerana dapat bersama-sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Daging Kambing Masak Kurma....ni yang paling aku minat sekali ni
Cik Maat, Syafiq dan Rahman begitu asyik menjamu selera nasi ambeng (ambang)
Selamat menjamu selera