Rabu, 12 Ogos 2009

Mencukur rambut Muhammad Hasif Imiyaz

Selepas selesai majlis Aqiqah dan potong jambul, sayang menyuruh aku untuk mencukur rambut Hasif pulak. Mula-mula takut jugak aku nak cukur, sebab kulit kepalanya kan masih lembut dan nipis. Aku takut terluka kepalanya nanti.

Hasif dah siap sedia nak dicukur rambutnya ni. Merengek sekejap macam tahu je dia nak kena cukur rambutnya.....

Nasib baiklah bila aku nak cukur rambut Hasif dia tidur dengan nyenyak sekali dipangkuan sayang walaupun sebelum tu dia merengek sekejap sebab diangkat ketika dia tidur. Hasif ni paling suka bila kepalanya diusap-usap, mesti dia lelapkan matanya. Ketika inilah aku mulakan operasi mencukur rambutnya. Dengan penuh cermat dan hati-hati aku mencukur rambutnya. Aku rasa susah sangat bila nak cukur rambutnya ni. Aku takut terluka kulitnya nanti kalau aku tekan kuat sangat. Kadang-kadang dia ada meliat jugak dan time ni aku kena berhenti mencukur takut terluka kulitnya.

Masa ini lah aku mulakan operasi mencukur, lena betul Hasif tidur bila kepalanya aku usap masa dicukur

Setelah beberapa kali aku cuba cukur rambutnya, aku tak yakin aku boleh mencukur kesemua rambutnya. Aku takut kulit kepalanya luka terkena mata cukur yang aku gunakan. Akhirnya aku dan sayang mengambil keputusan untuk menggunting nipis je rambutnya. Senang sikit bila menggunting nipis rambutnya. Aku pun tak lah risau takut luka kepalanya nanti bila guna gunting. Lebih kurang 2 jam jugak aku menggunting nipis rambut Hasif ni sampai sayang pun penat tangannya duk pangku Hasif. Aku pun penat jugak dibuatnya. Kadang-kadang mencangkung, bila dah penat aku duduk bersila pula sambil gunting rambutnya.

Rambut baru Hasif selepas digunting rambutnya

Selepas selesai semuanya, mak aku pun terus memandikan Hasif dan sayang pun turut bantu sekali. Selepas mandi, aku nampak ada sedikit luka di kepala Hasif, mungkin terkena pisau cukur ketika aku mencukur rambutnya tadi. Nasib baik la satu tempat je lukanya dan yang hebatnya Hasif tak menangis pun bila mandi tadi, padahal luka dikepalanya mesti pedih bila terkena air kan.

Apa-apahal pun semuanya dah selamat dan Hasif pun sudah botak takde rambut....hehee...

Reaksi muka Hasif bila mak aku nak mandikannya...

Walaupun mukanya nampak berkerut, dia tetap control hensem dan tak menangis

Ahad, 2 Ogos 2009

Majlis Aqiqah & Potong Jambul

31 Julai 2009 hari Jumaat bersamaan dengan 9 Syaaban 1430 m, aku dan sayang telah mengadakan majlis Aqiqah dan Potong Jambul. Majlis ni aku buat kat rumah mak & abah aku kat kampung (sebenarnya sayang masih lagi duduk kat rumah mak & abah aku minggu ni). Untuk Majlis Aqiqah ni, aku dan sayang hanya membeli seekor kambing sahaja. Bila ada masa dan rezeki, seekor lagi akan aku buat di rumah sendiri je nanti.


Sempat lagi sayang berposing & Hasif sedap je dia tidur, macam tak ada apa-apa yang berlaku


Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak & abah aku kerana Majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan membenarkan aku dan sayang membuat majlis ini di rumahnya. Aku juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik beradik aku serta sedara-mara aku dan sayang, kerana dapat bersama-sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.



Daging Kambing Masak Kurma....ni yang paling aku minat sekali ni


Urap-urap pucuk ubi


Nasi Ambeng (Ambang)


Bunga rampai untuk tetamu yang hadir


Gula-gula dan duit syiling untuk ditabur

Gunting untuk potong jambul


Antara sedara-mara aku sedang menjamu selera

Adik-beradik dan nenek sayang

Hasif sedang dipotong jambulnya oleh Cikgu Aliman (Cikgu sekolah agama aku dulu ni

Kali ni pakcik aku plak, Cik Kassim nak potong jambul Hasif


Semua tetamu bangun untuk bersama-sama berselawat keatas nabi

Antara orang kampung yang hadir

Cik Maat, Syafiq dan Rahman begitu asyik menjamu selera nasi ambeng (ambang)

Selamat menjamu selera