Jumaat, 9 Oktober 2009

Malam BBQ Keluarga

Pada hari raya ke-4, adik-beradik aku kat kampung bersepakat untuk mengadakan malam BBQ bersama. Pada tahun lepas aku & sayang tak dapat join bersama, sebabnya aku kena balik awal ke Tenggaroh. Rumah jiran aku buat majlis kenduri kahwin anaknya pada raya keempat. So, raya ketiga aku kena balik la apalagi nak pi rewang.

Raya tahun ni aku  & sayang dapat cuti lama, jadi bolehlah aku tumpang sekaki pada malam BBQ keluarga ni. Aku seperti biasalah tolong bakar ikan dan ayam (memang ni je yang aku pandai sebenarnya,tolong bakar & makan).

Hanya sorang je adik beradik aku yang tak ada malam tu, adik aku yang bongsu Iwan kena kerja dah malam tu. Yang lain semuanya ada (adik-beradik aku ada 9 orang). Cucu mak & abah sekarang ni ada 18 orang, tapi satu simpan. HASIF cucu yang ke 17. Meriah la jugak dengan anak buah aku semuanya ada, kecoh dibuatnya. Budak-budak ni memang seronok bila ada buat2 macam ni.

Aku harap la sangat agar tahun depan dapat cuti raya panjang macam tahun ni, Hasif pun dah boleh berjalan dan boleh makan ayam dan ikan bakar. Tahun ni, dia hanya tahu menyusu je, makan tak boleh lagi. Kepada adik-beradik aku, tahun depan kita buat lagi macam ni dan jadikan malam BBQ ni satu kemestian setiap kali raya menjelma. Selamat menjamu selera......
























Tiada ulasan: