Ahad, 27 Jun 2010
Ahad, 14 Februari 2010
Gaya Dan Lagak Hasif Sekarang
Kini usia Hasif 7 bulan 5 hari. Makin banyak gelagatnya membuatkan aku teruja dengan perkembangannya. Makin aktif Hasif sekarang ni. Sekarang ni, dia suka mengangkat badannya seperti nak merangkak. Pergerakan ketika meniarap pun makin lincah dan cepat bila hendak memusingkan badanya.
Ketika Hasif meniarap, dia akan undur ke belakang walaupun aku suruh dia ke depan. Lepas je turunkan badannya, mesti dia bergerak ke belakang. Asyik guna gear reverse je, bila nak masuk gear satu (maju ke depan), tak lama lagi kot. Kita tunggu dan lihat......
Nak pumping.....nak kuat kan tangan ni, bukan nak kentut ea....
Amacam...ok tak gaya cam ni
Tak larat dah nak angkat bontot ni...
Penat dah...cukup la pumping untuk hari ni...esok sambung lagi
Aksi Hasif ngan papanya
Mana mami ni ek....
Kereta baru Hasif....
Khamis, 31 Disember 2009
Selamat Tahun Baru
Selamat tahun baru kepada semua. Semoga di tahun baru ini akan dapat memberikan sinaran baru kepada kita sebagai umat islam di dunia ini. Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan keamanan masa kini dan masa akan datang.
Segala azam yang kita hajati akan dapat dilaksanakan dengan jayanya Insyaallah.......
Khamis, 10 Disember 2009
Hasif demam lagi la.....
Semalan (09.12.09) aku dan sayang membawa Hasif ke klinik untuk timbang dan enjek 5 bulan (dah 5 bulan usia Hasif sekarang ni tau). Alhamdullilah berat Hasif naik 0.7kg kepada 6.4kg sekarang ni (4 bulan - 5.7kg). Nangis gak Hasif kena enjek dengan nurse kat klinik semalam. Dia kena enjek dekat peha sebelah kirinya. Aku ingat kat lengan dia, rupa-rupanya kat pehanya lagi. Ini kali ketiga kena enjek dekat pehanya. Tapi yang bestnya, selepas je masuk kereta terus suka dan ketawa-ketawa (dalam fikiran aku makin kuat Hasif sekarang ni, kena enjek pun nangis sekejap je, Alhamdulillah).
Sampai je kat rumah, aku dan sayang terus berikan hasif ubat demam yang nurse bagi tadi. Takut gak demam lagi kan. Sampai tengahari aku tengok Hasif ok lagi, badanya pun tak panas lagi malah semakin aktif pulak dia. Macam takde apa-apa je dia, padahal paginya kena enjek.
Bila dah petang baru lah aku rasa badanya agak panas sikit. Dalam pukul 4.30ptg aku dan sayang berikan ubat demam lagi. Petang semalam Hasif tak mandi, takut nanti makin demam pulak. Lepas lap-lap je badan Hasif, Sayang memakaikan ByeBye Fever, biar cepat sihat demamnya.
Waktu malamnya Hasif masih tak tidur lagi, padahal dah pukul 8 lebih (biasanya dia dah tidur, lepas maghib je terus tidur sampai pagi). Makin aktif pulak dia, padahal badan dia agak panas time tu, macam takde apa-apa je aku tengok dia. Macam bukan orang demam pulak. Tak lama kemudia. selepas dah penat sebab aktif sangat, sayang bagi je susu terus je dia tidur dengan nyenyakknya.
Kadang-kadang time dia tidur ada merengek jugak. Mungkin badannya tak selesa dan mungkin rasa sengal-sengal dekat peha dia tempat yang kena enjek. Selepas bagi susu dan dodoikan dia terus tidur dan sebelum pukul 7pagi dia dah bangun. Tapi masih ada rasa panas sikit badannya. Harap-harap hari ini ok la dia dan sihat seperti biasa. Doa-doakan la ye.
Sabtu, 5 Disember 2009
Pelumba F1 Malaysia Akan Datang.....
Hasif suka sangat bila naik kereta. Bila dia pegang stering dan berdiri, dia mesti diam dan tak menangis. Ketawa dan senyum jangan cakaplah, sampai terkeluar air liur dia (tabiat Hasif sekarang - meleleh air liur bila dia suka sangat).
Bila mami dia pegang kat belakang sekarang ni, Hasif dah tak nak baring dan duduk dah sekarang ni. Dia hanya nak berdiri je sampai penat maminya pegang dia kat belakang. Sebab dia suka sangat kot naik kereta ni dan mungkin suka berjalan-jalan. Maklumlah masa maminya mengandungkan dia asyik berjalan-jalan je kerjanya. Tapi bila dah penat, mulalah dia nak merengek dan lepas tu tidur la dia dengan nyenyaknya.
Khamis, 26 November 2009
Selamat Hari Raya Aidiladha
SALAM AIDILADHA DARIPADA KAMI SEKELUARGA
DENGAN SEGALA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN
AKAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI YANG MAHA ESA.
Selasa, 13 Oktober 2009
Menziarahi Pusara Ayahanda & Bonda
Selepas selesai menunaikan solat Aidilfitri, aku bersama adik beradik menziarahi pusara bapa mertua aku. Amalan ini memang menjadi kewajipan bagi kami untuk menziarahi pusara bapa sebelum bergerak ke kampung halaman. Pusara bapa mertua aku di Tenggaroh 5, manakala emak mertua aku di Kampung Parit Mohamad, Parit Sulong.
Kami bersama-sama membuat tahlil ringkas buat arwah dan berdoa agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
Jumaat, 9 Oktober 2009
Malam BBQ Keluarga
Pada hari raya ke-4, adik-beradik aku kat kampung bersepakat untuk mengadakan malam BBQ bersama. Pada tahun lepas aku & sayang tak dapat join bersama, sebabnya aku kena balik awal ke Tenggaroh. Rumah jiran aku buat majlis kenduri kahwin anaknya pada raya keempat. So, raya ketiga aku kena balik la apalagi nak pi rewang.
Raya tahun ni aku & sayang dapat cuti lama, jadi bolehlah aku tumpang sekaki pada malam BBQ keluarga ni. Aku seperti biasalah tolong bakar ikan dan ayam (memang ni je yang aku pandai sebenarnya,tolong bakar & makan).
Hanya sorang je adik beradik aku yang tak ada malam tu, adik aku yang bongsu Iwan kena kerja dah malam tu. Yang lain semuanya ada (adik-beradik aku ada 9 orang). Cucu mak & abah sekarang ni ada 18 orang, tapi satu simpan. HASIF cucu yang ke 17. Meriah la jugak dengan anak buah aku semuanya ada, kecoh dibuatnya. Budak-budak ni memang seronok bila ada buat2 macam ni.
Aku harap la sangat agar tahun depan dapat cuti raya panjang macam tahun ni, Hasif pun dah boleh berjalan dan boleh makan ayam dan ikan bakar. Tahun ni, dia hanya tahu menyusu je, makan tak boleh lagi. Kepada adik-beradik aku, tahun depan kita buat lagi macam ni dan jadikan malam BBQ ni satu kemestian setiap kali raya menjelma. Selamat menjamu selera......
Jumaat, 18 September 2009
Khamis, 17 September 2009
Hasif Demam.....
Hari rabu (07.09.09), aku ngan sayang menghantar Hasif ke klinik untuk mengambil ukuran berat Hasif dan 'injek' bulan ke-3. Seperti bulan lepas, selepas kena 'injek' Hasif demam dua hari. Risau gak aku tengok Hasif demam. Dia asyik merengek je dan tidur pun tak lena.
Nasib baik ada koolfever, dapat la kurang kan panasnya. Lepas je dia sihat, bertambah aktif la Hasif. Lepas ni bila Hasif demam je, aku mesti bagi koolfever terus.
Nasib baik ada koolfever, dapat la kurang kan panasnya. Lepas je dia sihat, bertambah aktif la Hasif. Lepas ni bila Hasif demam je, aku mesti bagi koolfever terus.
Rabu, 16 September 2009
Selamat Hari Raya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA
ABDUL RAZAK BIN SUMADI
NORAINI BINTI SAIDON
MUHAMMAD HASIF IMTIYAZ BIN ABDUL RAZAK
Langgan:
Catatan (Atom)